Mahasiswa anjur himpunan bantah SPR

mahasiswakini | Mei 9, 2:33 AM | 1788 dibaca

Kuala Lumpur: Mahasiswa melalui Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) hari ini mengumumkan akan menganjurkan satu himpunan di hadapan pejabat SPR di Putrajaya Jumaat ini.

 

Menurut Pengerusi kumpulan tersebut saudara Safwan Anang, tujuan himpunan ini diadakan bagi membantah tindakan keji yang dilakukan oleh pihak SPR dalam proses pilihanraya ini berlangsung.

"Penipuan dan penyelewengan jelas berlaku dalam pilihanraya umum kali ini."

 

"Perjalanan dan Keputusan PIlihanraya Umum 13 baru-baru ini memberi gambaran kematian demokrasi di Malaysia."

 

"Pelbagai penyelewengan, penipuan dan konspirasi untuk memenangkan sesetengah pihak adalah tidak perbuatan yang amat memalukan nama baik negara di mata dunia."

 

"Konspirasi pendaftaran kewarganegaraan sementara, dakwat kekal yang tidak berkualiti, 'blackout' dan pelbagai lagi penyelewengan menjadi penanda aras bahawa PRU 13 adalah paling tidak bersih," kenyataannya yang dihantar pada Mahasiswakini.

 

Safwan juga turut melahirkan kekesalan kerana sehingga ke hari ini tidak ada satu kenyataan  dibuat oleh pihak SPR sebagai tanda mereka bertanggungjawab dengan apa yang telah berlaku.

 

"Justeru mahasiswa akan mengadakan satu himpunan serta serahah memorandum sebagai tanda bantahan terhadap sikap berat sebelah dan tidak bertanggungjawab pihak SPR dalam mengendali pilihanraya."

 

Beliau juga menyeru kepada seluruh aktivis masyarakat dan rakyat yang cintakan keadilan untuk bersama mereka dalam himpunan dihadapan Pejabat SPR pada 10 Mei ini (Jumaat). Himpunan akan bermula kira-kira jam 2 petang hari tersebut.

 

"Datang dengan pakaian hitam sebagai tanda berkabung di atas kematian demokrasi di Malaysia."

 

SPR sebelum pada ini  telah menjadi sasaran serangan banyak pihak yang menuduh mereka tidak adil dalam menjalankan pilihanraya.Pelbagai isu yang timbul seperti dakwat kekal yang tidak kekal sedangkan sebelum pada ini Pengerusi SPR memberi jaminan dakwat tersebut hanya boleh hilang selepas 3 hari serta isu pengundi warga asing yang diberi kewarganegaraan sementara dalam negara ini.

-Mahasiswakini

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Ruangan Komen

PERINGATAN: Mahasiswakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian Mahasiswakini.net. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.